Thursday 11 April 2013


STATUS KEHALALAN PLACENTA BEBIRI


Assalamualaikum, sehingga hari ini saya belum lagi pernah dengar atau terbaca sebarang fatwa oleh memana Ulama, Tuan Guru, Tok Guru Pondok, Mufti bertauliah dan juga Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia mengenai isu ini. Ya saya menjual dan membekalkan produk berasaskan Placenta kambing bebiri. Isu utama atau soalan cepu emas pelanggan atau bakal pelanggan akan tanya ialah isu kehalalan placenta.



Isu halal ini adalah subjektif tetapi kita di berikan guideline di dalam ajaran islam untuk mengenal pasti status halal makanan. Apa itu Placenta? Placenta ialah uri iaitu suatu selaput tebal yg kaya ddengan nutrien yg melindungi fetus dalam kandungan. Setiap kelahiran anak kambing placenta akan keluar sekali bersama dengan anak kambing. Sudah tentu lah Induk Kambing itu iaitu Ibu kambing masa itu masih lagi hidup dan bernyawa waktu itu. Kambing bebiri tidak disembelih kerana yang nak di ambil hanyalah placenta nya bukan nya daging nya. Ia sama seperti memerah susu kambing.



Kita kupas lebih dalam lagi isu binatang yang halal di makan ini. scara umumnya haiwan terbahagi kepada 2 kelompok iaitu darat dan air. Semu jenis haiwan darat halal di makan kecuali Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak, Khinzir, Anjing, haiwan bertaring tajam atau berkuku tajam atau kedua-duanya sekali, Burung Pemangsa, haiwan yang kotor dan penyebab wabak, haiwan 2 alam, Manakala haiwan air pula hanya haiwan yang boleh hidup di dalam air sahaja kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.

Berbalik kepada tajuk di atas, persoalan tentang kehalalan produk kecantikan berasa plasenta/uri binatang. Pada pandangan saya, jika haiwan tersebut tidak seperti yang saya sebutkan di atas maka pemakanan produk tersebut adalah harus melainkan terdapat dalil yang mengatakan sebaliknya. Bahan campuran juga mestilah diteliti  agar tidak terdapat barang - barang yang di larang oleh syarak.

Akhir kata, saya bukan lah mufti atau pakar hal ehwal Halal, saya cuma menjelaskan melalui kaca mata saya dengan pengetahuan yang cetek. sekiranya ada salah silap sila betulkan saya.


No comments:

Post a Comment