Monday 15 April 2013

PESAKIT KANSER TIDAK BOLEH MENGAMBIL PLACENTA BEBIRI.


BENARKAH PESAKIT KANSER TIDAK BOLEH DI RAWAT DENGAN PRODUK BERASAKAN PLACENTA?

BENAR. Itulah hakikatnya penghidap kanser sama sekali tidak boleh mengambil sebarang produk makanan kesihatan atau suntikan yang berasaskan Placenta Kambing Bebiri, Sekiranya di ambil, nahas menunggu. Saya walaupun menjual dan memasarkan produk berasakan Placenta Bebiri tidak menjual dan memasarkan kepada pesakit kanser. Ini adalah kerana saya tahu Placenta Bebiri langsung tiada agen Anti-Kanser, yang ada hanyalah Agen Regenerate.

APAKAH AKAN JADI SEKIRANYA PESAKIT KANSER MENGGUNAKAN PLACENTA BEBIRI?

Sejujurnya saya berani mengaku walaupun akan menjejaskan periuk nasi sendiri. Tapi saya lebih sayangkan nyawa bakal pelanggan saya. Pesakit Kanser yang mengambil Produk berasaskan Placenta hanya mempercepatkan pembesaran kanser dan mengurangkan harapan untuk pulih sepenuhnya atau lebih teruk kematian.

BAGAIMANA INI BERLAKU DAN APA MEKANISME NYA?

Kalau nak diceritakan scientific nya, maaf saya kurang pandai. Tapi yang boleh saya fahami dari pengilang sendiri, Produk berasaskan Placenta Bebiri ini, bersifat regenerative, ia menggalakkan pertumbuhan sel-sel dan ini termasuklah sel kanser. Bayangkan setiap kali pengambilan Placenta Bebiri, pesakit semakin hampir dengan kematian kerana Sel- Sel kanser juga semakin bertambah dan berkembang dengan pesat. 


Di sini saya nak mengingatkan bakal pelanggan, di luar sana ada banyak produk yang claim ia anti itu dan anti ini. Tetapi adakah ia  benar? Pernahkah anda terfikir? Ada buat kajian? jadi sbelum membeli produk supplement makanan kesihatan anda mesti tahu apa yang anda mahukan. Jangan dipengaruhi janji-janji manis salesman. Saya membuat peringatan di sini untuk kebaikan bakal pengguna produk saya. Saya menjual Kesihatan dan Kecantikan tapi bukan terdesak sangat sehingga sanggup merosakkan hidup orang lain.

No comments:

Post a Comment